Tuesday 19 June 2012

Doa Epa





Ya ALLAAH...
Jadikan Epa hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-MU..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa mengingati-MU..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa berbaik sangka pada-MU..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa menyebut nama-MU..


Jadikan Epa hamba yang sentiasa menyerah bersujud pada-Mu..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Mu..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa menagih cinta-Mu..
Jadikan Epa yang sentiasa merinduirahmat-Mu dan maghfirah-Mu..


Moga setiap detik kehidupan Epa Engkau sentiasa bersama..
Moga saat duka menyapa Engkau hadir membawa ceria..
Moga apabila Epa tersalah arah Engkau tunjukkan jalan yang benar..
Moga semasa Epa merintih sayu, Engkau setia mendengarnya..
Moga apabila Epa meminta Engkau akan memberinya..
Moga apabila Epa dalam kegelapan Engkau pancarkan sinar cahaya..
Moga apabila Epa tersungkur Engkau hulurkan bimbingan..
Moga pabila Epa lemah Engkau titipkan semangat kekuatan..
Moga akhir nafas Epa khalimah-Mu yang meniti di bibir Epa..
Moga perjalanan Epa ke alam abadi Engkau permudahkan..
Moga amal perhitungan Epa neraca kebaikan menjadi timbangan yang berat..
Moga tempat istirehat Epa Engkau hadiahkan bersama para kekasih-Mu..


- AMIN -



No comments:

Post a Comment