Tuesday, 19 June 2012

Adik Angkat



Ish aq dah rindu budak nie tahap gaban dah nie..
Hmm What To Dooo..
Kitorang memang dah putus contact macam tuh je skank..
Maybe its my fault cuz maybe he hurt with me..
Sebab kata-kata hati yg tengah hot and panassss gilerrr dengan tindakan dia suatu ketika dulu..
Mungkin hubungan aq dengan dia akan putus and senyap silent macam tuh saje kot..
But I really do misssssssssssssss him tahap gaban and dewa dewi ahh !
Sorry cuz akak hurt you, babeh !
( I really mean it okay )

10 Sifat Wanita yg Lelaki Harus Ketahui





* SENSITIF


Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


* CEREWET


Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.


* HALUS


Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


* IKHLAS


Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.


* PERASAAN


Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


* PRIHATIN


Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.


* MANJA


Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.


* EGO


Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


* CINTA


Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!



* SEKS


Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.


* So guys hormatilah lumrah kejadian kami and pahamilah kami sikit yer.. 
V ^,^ V

Lelaki Yg Epa Pandang Now

Sebenarnya selama nie ish takdelah selama nie sangat tapi sejak masuk sem dua hari tuh
Aq or my nick name Epa ade tertambat hati dekat sorang lelaki nie..
Aq dah cakap tipulah kan  aq tak jelous langsom dengan member-member aq yg
couple-douple bagai nak rak  tuh..

Okay back to our topic..
Hmm sebenarnye laki yg aq minat nie mustahil akan suke dekat aq balik cuz
kami sangat different and berbeza giler ahh pokok akar tanahnyer..
Yg aq tahu aq ade stalker fb dia dulu sebelom aq add dia..
Dia ade punye minat dalam music yg same dengan aq iaitu music trance..
Or lebih detail laa, dia and aq both sukekan Armin Van Buuren, Tiesto and Above and Beyond..
So aq tengok je dia minat those, aq ape lagi add lah dia terus..
Dalam fb selama aq friends dengan dia, aq saje hari-hari updatekan status aq
pasal cinta or love bagailah untuk bagi dia nampak kewujudan aq eventhough aq nie paling anti bab jiwang kot but i just do that
just bcuz i'm in fallin love with him but he doesnt notice it..
Sampailah satu hari tuh satu status dia menyakitkan hati aq and aq terus unfriend dengan dia..

And sampai skank kalau aq jumpe dia aq tak nak hadap muka dia walaupon hati aq nak..
But unfortunetly, aq nie tak cukup kuat and memang tak kuat pon.. Aq tetap nak jumpe and tengok dia walaupon sehari.. Tak dapat tengok dia, member-member and car dia saje pon jadiklah..
Dah terok dah nie minah nie.. Astaga..
And lagi teruk kalau aq jumpe dia aq mesti akan malu-malu and member-member aq cakap
muke aq akan merah semerah merahnye mengalahkan orang pakai blusher bile aq tengok dia..
Lagi satu, aq mesti cover perangai and make him like tak wujud bile aq terserempak dengan dia..
Hmm biaselah tuh kan kalau kite dah jumpe orang yg kite sayang..

One more reason aq nak jauhkan diri dari dia adalah cuz dengar-dengar gossip and
khabar angin katanye dia akan married soon..
Lagipon aq stalk dia, status dia pon macam orang tengah hot bercinta bagai rak semua..
So disitu aq dikecewakan lagi.. Hahahahahahaha..
Alahh aq tak kisah pon sebenarnye, yg buat aq suke dekat dia sebab style and gaye dia je and yg paling buat aq tertarik dekat dia adelah sebab kulit dia putih sangat and jari dia comel sangat..
Memang muke dia tak ensem macam Zayn Malik but i ldo ove his style..
What to dooooo kan???

Tapi for now, aq dah dengar dia akan married rite so aq sebagai salah sorang yg pernah timba ilmu
dengan dia berdoa and harapkan dia bahagia saje..
Thanks cuz bagi aq rase balik feeling suke and like someone..
Dah lame katakan aq tak bercinta kan..




* Sorry cuz curi pic satu *
Epa suke pic nie, nampak stylo giler kot walaupon muke tak nampak and memang tak nak bagi nampak pon nanti muke Epa blushing pulak..
 ~ huhuhuhu ~ 


Old Love Comes Again



Beberapa hari yg lepas,
tak kirelah berape hari tuh tapi hari tuh dah jadi beberapa and dah pon lepas..
Cinta lama Epa datang kembali..
Time tahu number yg unknown tuh ialah orang yg Epa pernah suke and minat suatu ketike dulu,
Epa excited and terkejut setelah berapa lame dia tak contact Epa
tetibe malam tuh dia contact Epa..

Mula-mulanya Epa taknak layan laa unknown number tuh sebab Epa memang tak layan 
number yg tak dikenali nie tapi tak tahu kenapa
malam tuh hati Epa terasa nak tahu sape tuh yg mesej Epa..
So awalnye Epa tipulah kate number Epa tuh adik Epa yg pegang then
lame-lame dia mendesak nak tahu number Epa and Epa tanyalah siape dia
and penting sangat ke dia macam sampai desperate sangat nakkan number Epa dari ' adik ' Epa tuh..

And lepas tuh dia mesej sebut nama dia je Epa terus terkejut..
So Epa bukaklah identiti Epa yg sebenarnya and ask him ape yg penting sangat kan sampai desak-desak
macam tuh sekali..
Then dia pon tanyalah Epa samade Epa nie ade mase free tak hari Isnin 18 hb June tuh..
And memang Epa takde mase laa kan cuz hari tuh kan Epa ade last paper Epa
iaitu Islamic Studies..
So then dia tahu je Epa ade exam dia pon cakap its okay laa kalau
Epa busy that day and then Epa pelik and Epa terus tak reply mesej dia tuh..

Hmm so sampai malam nie Epa masih tak tahu ape function dia tanye macam tuh and Epa
ade luahkan and ceritakan dekat kak Ira and Epa rase maybe dia nak ajak Epa keluar kot.. kot okay..
Then kak Ira cakap " tuh laa dulu tak nak dekat Epa sekarang baru nak cari Epa, kan Epa sekarang
dah pandai bergaye sikit "..
Hmm entah betol entah tidak reason dia carik Epa balik sebab tuh.. Maybe tak kot cuz dulu kan Epa memang dah comel.. Hahaha sile letak kat tangan kat dada mata kat atas semua..
Tapi yg peliks, Epa tak tahulah kenape but semua scandal lame Epa datang kembali dekat Epa
sekarang..
Mahu yg Epa memang suke dia but dia tak suke Epa ataupun yg
Epa tak suke dia and dia pulak sukekan and tergile-gile kan Epa..
Tapi di situ Epa dah nampak dah permainan dia..
But any way for now Epa rase Epa takkan pandang laa ex-ex and scandal lame Epa toh coz hati Epa dah ade yg Epa suke and minat even dia tak mungkin akan suke walaupon sikit kat Epa..
So Epa nak pergi mandi dulu and lupakan semua kisah lame nie..

~ .. pai pai .. ~

Salah Satu Kenangan Yg Dirindui

Inilah antara salah satu kenangan yg sangat aq rindui..
Kalau dipikirkan balik, aq rindu sangat segalanya kembali seperti dulu..
Aq nak kembali ke mase lepas iaitu mase awal-awal aq datang IIC dulu..
Time semua tengah ngam , rapat , close and akrab sangat-sangat dengan sorang nie 
yg bernama Dayah..
Yelah sekarang kami dengan Dayah dah tak bertegur sape lagi disebabkan hal kecik
yg kami sendiri cetuskan or mybe aqsendiri kot..
Kalau boley, aq tak nak laa ade sesape pon bermasam muke and berkata belakang-belakang
dengan aq..
Aq tak suke pon gadoh-gadoh and gocoh-gocoh nie..
Nak bawak kemana semua tuh???
Gadoh-gadoh and bersour-sour muke sekali pon nanti kite akan bertemu jugak di akhirat kelak..
Aq sendiri tak boley nak buat ape lagi dah benda yg dah lepas and dah pon terjadi dah..
Dayah sendiri yg decide untuk bermasam muke and tak bertegur sape dengan aq..
Aq tak kisah je kalau dia nak tegur and kawan dengan aq kembali..
Mungkin di mulut aq selalu caci and perli dia tapi sebenarnya tulus laa aq cakap kepada korang yg membace (kalau ade yg bace) 
aq nie masih sayangkan persahabatan aq dengan dia..
Mungkin dia dah buat pilihan terbaik untuk diri dia, dia dah bahagia dengan kawan-kawan baru dia..
So aq just dapat doakan and tumpang gembira untuk dia..


Time nie aq and Dayah tengah ngam macam adik beradik lagi..


Aq harap Asma pon takkan jadi and kena macam Dayah..




Time nie jugak kami tak pernah pisah..
Selalu berkepit and gelak je sepanjang mase..



KAWAN , SAHABAT , TEMAN , SAEN ,FRIENDS , PARTNER
SELAMANYA

Jadi yg aq mampu just berharap and berdoa dekat Allah
supaya Allah mengeratkan silaturrahim kami semua and semoga berpanjangan sampai ke
Akhirat kelak..
~ AMIN ~

Doa Epa





Ya ALLAAH...
Jadikan Epa hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian-MU..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa mengingati-MU..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa berbaik sangka pada-MU..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa menyebut nama-MU..


Jadikan Epa hamba yang sentiasa menyerah bersujud pada-Mu..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Mu..
Jadikan Epa hamba yang sentiasa menagih cinta-Mu..
Jadikan Epa yang sentiasa merinduirahmat-Mu dan maghfirah-Mu..


Moga setiap detik kehidupan Epa Engkau sentiasa bersama..
Moga saat duka menyapa Engkau hadir membawa ceria..
Moga apabila Epa tersalah arah Engkau tunjukkan jalan yang benar..
Moga semasa Epa merintih sayu, Engkau setia mendengarnya..
Moga apabila Epa meminta Engkau akan memberinya..
Moga apabila Epa dalam kegelapan Engkau pancarkan sinar cahaya..
Moga apabila Epa tersungkur Engkau hulurkan bimbingan..
Moga pabila Epa lemah Engkau titipkan semangat kekuatan..
Moga akhir nafas Epa khalimah-Mu yang meniti di bibir Epa..
Moga perjalanan Epa ke alam abadi Engkau permudahkan..
Moga amal perhitungan Epa neraca kebaikan menjadi timbangan yang berat..
Moga tempat istirehat Epa Engkau hadiahkan bersama para kekasih-Mu..


- AMIN -



Lembaran Hidup Wanita



Mampukah Epa menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah Epa didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mata Epa
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika Epa marah
Ingin Epa intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabahkah jiwa Epa
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah Epa menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

Andai Epa Bercinta Lagi





Sudah masuk setahun aq hidup menyingle..
Nampak aq macam tabah and sabar je kan boleh hidup tanpa couple???
Hmm takde makna semua tuh..
Aq pon kadang-kadang teringin untuk bercinta lagi tapi aq takot..
Aq takot if aq bercinta lagi aq akan lupa and lalai dekat harapan parents aq hantar aq dekat sini..
Lagipon aq kan ade cita-cita yg sangat tinggi bagi aq lah..
Aq berimpi untuk membalas segala jasa and pengorbanan parents aq
terutama jasa and pengorbanan abah aq..
Abah aq dah banyak sangat berkorban untuk aq selama nie..
So aq rase tidak perlu lagi bagi aq untuk bercinta lagi..
Aq tak sanggup and tak nak langsung kecewakan hat abah aq tuh..
Biarlah aq berkorban satu nie je kepada life aq demi abah aq..
Lagipon aq tak mati lagi setakat nie tak bercinta lagi..
And tipulah kan kalau aq cakap kalau aq tak jelous and cenburu dengan member-member
aq yg tengah hot bercinta bagai rak and almari tuh kan..
Tapi aq just tahan and bersabar je..
Selalu mintak dengan Allah untuk tabahkan aq dalam melawan nafsu tuh..
And Allah sentiase ade untuk aq..
Dia sentiasa kabulkan sahaja permintaan aq untuk tuh..
Allah bagi je aq kesabaran and ketabahan tuh..
So takde makna lagi kot untuk aq bercinta lagi skank..
Tapi kalau aq ditakdirkan bertemu jodoh awal macam cousins aq tuh, aq terima je..
Tapi aq mintak-mintak tak naklah sekarang coz aq xpandai nak balancekan mase..
Cuano nak jadi wife orang nanti kan kalau macam tuh??
~Amin~
Tak nak jumpe jodoh awal-awal lagi nie,,
Kalau time umur dah sampai angka 2 depan bolehlah..

Sarapan, Makan Tengahari and Malam

Bismilahirrahmanirrahim..

Erm dari aq bangun hari nie aq tak makan pape lagi selain Maruku Baby ,biskut beras and Nestle Cruchy Bites Wafer..
Menunggu Munie balik untuk pergi makan bersame katakan..
Tak pe nie jugak sebagai langkah aq untuk kurus.. hehe..
Okay Munie balik pukul5.30 lebih tadi kitorang pon keluar laa pergi Restoran Syafa Curry House 
or kedai mamak je mudah katakan..



Okay sampai sane je kami pon amik laa kerusi yg duk tengah-tengah kedai tuh..
Selalunya restoran nie ramai dengan orang terutama budak-budak IIC laa tapi hari nie
nampak lengang sangat mungkin cuz ramai dah balik kot cuz cuti kan dah bermula..
So annee tuh datang and amik order kami nie..
Untuk air kami mintak yg same je iaitu Air Milo Ais..
And untuk makan pulak, aq orderkan Nasik Goreng Tom Yam and Munie pulak Nasik Goreng Kampung..


Aq kan order Nasik Goreng Tom Yam..
So this is nasik goreng toh..
Dah lame kot aq tak sentuh nasik goreng tom yam nie,,
Memang puas hati giler r makan tadi..
Dah laa hari nie banyak pulak dia nasik dia..
Tapi sedang aq melahap nasik nie, ade pulak mata-mata yang memandang..
Ish potong stim giler laa tadi..
Terpaksa buat tak tahu je and cube berselindung sebalik Munie yg tak tahu pape and duduk dengan menghadap aq..


Nie pulak order Munie..
Nasik Goreng Kampung..
Hmm aq pon sebenar nak order yg nie tapi semalam aq dah makan bungkus ke rumah nasik nie
so tak pelah hari nie aq puaskan nafsu makan aq dengan nasik goreng tom yam tuh dulu..
Erm Munie makan nampak rilek je tapi katanya tak mampu nak habiskan cuz dia 
dah kekenyangan minum air milo yg selalunye sampai dulu sebelom nasik siap masak..
Tapi kenyang-kenyang habis jugak.. Hahahaha..
Munie Munie..

So kenyang sudah perut nie.. 
And mase dekat restoran tuh aq ade beli asam..
Asam betik yg warna dia oren-oren tuh.. Entah ape nama dia tapi masa zaman sekolah dulu aq
selalu beli kot.. Sedapp..
Adelah jugak benda nak mengunyah nanti malam kan..

Jom Belajar Wear Shawl








Epa dah pishangg kan so Epa nak isi mase terlapang Epa nie dengan belajar pakai shawl lah..
Al maklumlah Epa budak baru nak belajar pakai tudung and shawl nie..
Kalau Epa. Epa memang lebih suke tengok tutorial and  belajar pakai shawl melalui care Maria Elena yg ajarkan..
Seronok and tak boshangg pon kalau dia yg ajarkan.. Kalaulah kak Maria Elena nie dapat jadi kawan Epa mesti best kan..

Rindu Family di Kampung

Inilah family Epa..
One big family..
Kami terdiri dari 9 adik beradik sebenarnya..
7 lelaki and 2 perempuan..
( Epa laa salah sorang perempuan tuh )



Okay let Epa introduce Epa punyer family yer..
Nampak yg pakai baju melayu biru dari kiri tuh and kaki berbalut tuh???
Tuh abang Epa yg ketiga, Mohd Faiz or Epa just call him Paih je..
Then yg cun melecun bagai nak rak perasannye tuh and pakai baju kurung merah tuh Epa lerrr.. hehehe..
And yg duduk sebelah Epa tuh mak tiri Epa and umpama mak Epa laa
cuz dia dah jage Epa dari kecik lagi.. Mok Dah orang sekeliling panggilnye..
Namanya Hamidah asalnye.. Biaselah orang kampung kan suke main short-short nama..
Alahh orang bandar pon same jer... Bukan orang kampung je..
And yg masih handsome dari dulu sampai sekarang adalah cinta hati Epa..
Abah Epa.. Pok Dik orang panggilnya cuz nama penuh Abah Epa ialah 
Mohd Sidek Bin Ismail.. Epa paling tak suke orang permainkan nama Abah Epa tau..
Orang selalu ejek kami adik beradik dengan " Anak-anak Sidek "..
Gadis yg berbaju biru yg duduk sebelah Abah tuh pulak satu-satunya akak Epa 
dalam dunia nie iaitu Kak Leen..
or her full name is Noor Azlin..
Dia sekarang dah jadi lecterur English dekat Politeknik Shah Alam tuh..
Walaupon akak Epa terror English tapi adik-adiknya yg lain tak mewarisinyalah.. huhuhu..
Then yg berbaju melayu biru tuh yg berdiri sebelah kakak Epa tuh pulak
abang second Epa.. Mohd Shahrul Izzat..
Or kalau ikutkan Epa, just call dia Ijat je.. 
Okay dari kanan pulak yerr, yg duduk depan akak Epa tuh pulak
adik Epa, Mohd Fakhrullah or kawan-kawan dia panggil dia Pakru je..
Nakal and keras kepala tahap dewa laa budak nie.. Nasib adik Epa..
And yg sebelahnye pulak adalah adik-adik Epa jugak..
Yg pakai baju merah tuh Mohd Aminuddin or Amin je..
Dia bawah adik Epa yg Pakru tuh.. Dia special sikit orangnya..
Purple terang tuh pulak yg paling bongsu, Ahmad Alif Amnan..
Or Alip and Aliff..Tapi Epa jahat sikit panggil dia dengan nama pompuan iaitu Amanina,,
Dia paham and biarkan je cuz dah paham sangat dah dengan perangai kakak dia nie..
Dia sorang je nama lelaki dalam adik beradik Epa yg bermula dengan " Ahmad "..
And yg depan Epa and ma Epa tuh pulak Mohd Aqib Danial..
Or kami just panggil dia Aqib or Otaii je cuz dia nie memang otai sangat-sangatlah.. 
Ishh..





 Rase kurang sorang kan kalau tengok dari gambar kat atas tuh???
Hmm memang laa.. Kat atas tuh just 8 beradik je..
Nie hah sorang lagi abang Epa.. Abang first Epa..
Dia lepas akak Epa cuz Kak Leen tuh yg anak first dalam family Epa..
Yg bajet ensem nie Mohd Shahril namanya..
Or people and us just call him Toyil je..
Kalau korang perasan laa, dia sorang je nampak berisi sikit dari 2 abang Epa
yg kat atas tuh.. Yg 2 orang tuh memang tak cukup makan
sebab tuh keding-keding and sekeping je..
Al maklumlah kan ade adik yg chubby and comel macam Epa kan yg selalu rebut makanan dorang..
Tapi dengan yg nie Epa kalah.. hahahaha..




Hmm pelik kan Epa just panggil adik beradik Epa dengan nama-nama je kan 
except akak Epa tu je kan??
Yer Epa memang panggil dorang semua dengan nama je cuz tak tahu kenapa
Akak Epa tuh sorang je yg lekat ' kak ' 
dalam family kami sedangkan yg lain semua lekat dengan nama-nama je..
Mungkin kitorang dah terbiase macam tuh kan nak wat cuano..
Ok thats all about serba sedikit tentang family Epa..
Kalau jumpe kat luar tegur-tegrulah dorang tuh..
Kalau dorang buat muka blurr and pelik tuh tak tahu ehh..
hehe..